Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksMuat Turun

​​​​​​​FAQ

SIJIL PENGAKUAN

AKTA RAHSIA RASMI (Penggal 153)

(OFFICIAL SECRETS ACT)

 

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil:2/2000 berkaitan Bab 5 Akta Rahsia Rasmi (Penggal 153) menggariskan semua pegawai dan kakitangan​​Kerajaan sebaik-baik sahaja memulakan perkhidmatannya, sedang berkhidmat atau akan meninggalkan perkhidmatan Kerajaan, maka jika memegang atau melaksanakan mana-mana jawatan yang mengawal, menyimpan, menguruskan atau mempunyai akses kepada sebarang bahan atau dokumen terkelas adalah dikehendaki menandatangani Sijil Pengakuan Akta Rahsia Rasmi yang tertentu.


​​​​​Borang OSA​​ 1                ​ 
-
​​​​
​Pegawai atau kakitangan yang mula berkhidmat dengan Kerajaan Brunei (secara tetap atau sementara) yang diberika​n akses ke maklumat terkelas. Ini termasuk pegawai atau ka​kitangan yang mendapat akses kepada maklumat terkelas yang baru kerana pertukaran jawatan atau berpindah tempat bertugas.​

​​​​Borang OSA 2-
​​​​Pegawai atau kakitangan yang akan meninggalkan Perkhidmatan Kerajaan (berhenti / bersara / dipecat).

Borang OSA 3​-
​Pihak swasta yang menjalankan projek-projek bagi Kerajaan dan akan diberikan akses kepada maklumat terkelas Kerajaan Brunei.

 

1) Bagaimana dengan kedudukan kakitangan seperti buruh kasar yang banyak menjalankan tugas-tugas di luar bangunan (pejabat), adakah perlu menandatangani Sijil Pengakuan OSA?

➢​​​​​ Pekerja-pekerja seperti buruh kasar, tukang kayu, pemandu dan seumpamanya adalah dikecualikan dari menandatangani Sijil Pengakuan OSA kecuali mereka diberikan akses kepada maklumat terkelas Kerajaan oleh Ketua Jabatan berkenaan.

2) ​​​Seorang pegawai / kakitangan telah melakukan pelanggaran keselamatan yang melibatkan maklumat terkelas Kerajaan. Bolehkah beliau didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi sedangkan beliau tidak pernah menandatangani Sijil Pengakuan OSA?

​​​ Pelanggaran keselamatan tersebut masih boleh diperdengarkan di bawah Akta Rahsia Rasmi meskipun beliau tidak pernah menandatangani Sijil Pengakuan OSA di sepanjang perkhidmatannya dalam Kerajaan Brunei.

Selain memberi perlindungan dan mencegah rahsia rasmi Kerajaan Brunei Darussalam dari jatuh ke tangan orang-orang yang tidak dibenarkan mendapatkan akses ke atasnya, Akta Rahsia Rasmi turut meletakkan kecuaian sebagai satu kesalahan jenayah. Hukuman jika melanggar Akta Rahsia Rasmi (Penggal 153) Bab 5 (d) dan di bawah Bab 18 (1) adalah penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi dari dua (02) tahun dan dikenakan suatu denda tidak lebih dari sepuluh ribu ringgit.

3) Adakah salinan bergambar atau fotokopi Sijil Pengakuan sah diperlaku seperti borang yang asal?

​​​ Sejauh ini tidak ada peruntukan khusus mengenai bentuk atau tatacara bagi akuan bertulis seperti yang tersebut di bawah bab 5 Akta Rahsia Rasmi mahupun di dalam Surat Keliling JPM. Oleh itu, penandatanganan pada borang salinan adalah dianggap sah.

4) Apakah perlu menandatangani Sijil Pengakuan OSA di hadapan Majistret?

 ​​Tidak ada peruntukan di dalam Akta Rahsia Rasmi yang mengatakan bahawa setiap pengakuan yang dikeluarkan di bawah Akta tersebut hendaklah dilakukan di hadapan seorang Majistret. Maka adalah memadai untuk pegawai / kakitangan menandatangani borang di hadapan Ketua Jabatan atau wakilnya. Pihak jabatan juga perlu memberikan penerangan mengenai jenis-jenis atau bentuk-bentuk maklumat yang terkelas jabatan yang akan diberikan akses kepadanya yang menghendaki perlindungan oleh pegawai / kakitangan tersebut.

5) Siapa yang seharusnya menyimpan Sijil Pengakuan OSA yang telah ditandatangani?

 ​​Borang yang telah ditandatangani hendaklah disimpan di dalam fail peribadi pegawai atau kakitangan jabatan berkenaan dan tidak perlu diserahkan salinan ke mana-mana pihak lain termasuk kepada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.

6) Adakah seorang pegawai / kakitangan yang tidak lagi berkhidmat dalam Kerajaan Brunei bebas untuk mendedahkan segala maklumat terkelas Kerajaan yang pernah diterimanya?

 ​​​​Adalah menjadi tanggungjawab semua penduduk Negara Brunei Darussalam sama ada rakyat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan atau sebaliknya untuk menyimpan maklumat terkelas yang ianya pernah diberikan akses bagi sama-sama menjaga keselamatan, keharmonian dan kestabilan Negara Brunei Darussalam. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh mengakibatkan tindakan undang-undang diambil ke atasnya mengikut Akta Rahsia Rasmi dan peruntukan undang-undang yang berkaitan.​

7) Apakah amalan terbaik mengenai pengendalian maklumat terkelas Kerajaan?

 ​Perlu diterapkan dalam jabatan-jabatan Kerajaan untuk mengamalkan 'prinsip perlu tahu' iaitu satu prinsip di mana perlu dinilai terlebih dahulu pihak yang akan diberikan akses kepada maklumat tersebut. Persoalan seperti “Adakah perlu dia mengetahui untuk melaksanakan tugas-tugasnya?" atau “Adakah dia boleh dipercayai untuk menyimpan rahsia Kerajaan?" perlu difikirkan terlebih dahulu dalam menilai seseorang pegawai / kakitangan yang akan dikongsikan maklumat.​


​​​​​​​​​​​​​​​​Muat Turun Borang Akta Rahsia Rasmi
​➢​ Borang OSA 1

​ Borang OSA 3​​​