- Kegiatan Subversif - Sebarang percubaan yang dilakukan oleh seseorang, sekumpulan individu atau sesebuah organisasi yang bertujuan untuk menjejaskan keselamatan negara atau menggulingkan Kerajaan K.D.Y.M.M Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan atau Perlembagaan Negara, sama ada melalui cara keganasan atau dengan tidak mengikut lunas-lunas Perlembagaan. 
 
 
- Penyuluhan - Percubaan unuk mendapakan maklumat atau dokumen Kerajaan yang berkelasifikasi secara haram dari segi undang-undang untuk membantu kuasa atau negara asing ataupun bagi mencapai tujuan tertentu.  
 
 
- Sabotaj - Perbuatan yang bertujuan untuk melakukan kerosakan fizikal ke atas tempat-tempat berkepentingan ataupun serangan ke atas kepentingan ekonomi negara yang bertujuan untuk menjejaskan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan dan pemimpinnya. -   
- Pengganasan - Penggunaan pelbagai bentuk kekerasan, keganasan dan ancaman ketakutan ke atas orang awam dan harta benda bagi sesuatu tujuan politik, keugamaan atau ideologi yang dilakukan oleh seseorang, sebuah kumpulan atau organisasi. 
 
 
- Penganjuran keganasan perkauman dan keugamaan - Menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan dikalangan rakyat dan penduduk yang berlainan bangsa dan berlainan agama bagi menyerapkan nilai, kepercayaan dan amalan mereka untuk dipaksakan ke kumpulan atau kumpulan-kumpulan lain (majority) demi untuk kepentingan diri dan kumpulan yang diperjuangkan.